Tempat menarik di Selangor.

Tempat menarik di selangor waktu malam


Assalamualaikum. Alang alang dah sampai selangor, rugi tak pergi bersiar siar.

Ada yang lebih sesuai di lawati pada waktu malam kerana suasananya lebih menarik.


Bagi memudahkan tuan & puan, saya sudah asingkan siap siap lokasi menarik malam & siang.
Setiap lokasi mempunyai tarikan tersendiri. 

Kita mulakan dengan tempat menarik di waktu malam.

Sama seperti di Melaka, Selangor juga ada tempat yang dilimpahi cahaya pada malam hari.

Dan menjadi tumpuan warga kota untuk berehat & beriadah bersama keluarga. Atau pelancong dari dalam & luar negara.

Siang dan malam boleh jalan, lepas penat balik rehat di homestay / hotel.

Tempat pertama dalam senarai memang wajib dikunjungi.


Terutama bagi peminat fotografi.


Di manakah ia? 


Tempat menarik di selangor waktu malam masjid sultan salahudin

                         Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


Waktu lawatan terbaik: Malam


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah masjid Negeri Selangor & merupakan masjid terbesar di negara ini.


Dan ke 2 terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. 


Masjid ini mempunyai empat menara, yang didirikan di setiap sudut & mempunyai kubah gergasi berwarna biru dan perak. 


Banyak homestay di Shah Alam yang terletak berhampiran Masjid ini. Jadi senang nak solat.


Tempat menarik di selangor waktu malam uptown

                                                 Uptown Shah Alam.

Waktu lawatan: Malam.

Destinasi membeli belah & makan makan bagi pelawat di malam hari. 


Pelbagai cenderahati dari pakaian, aksesori telefon & gajet untuk di jadikan oleh oleh untuk ahli keluarga & saudara mara.


Tempat menarik di selangor waktu malam kampung kuantan

                         Kuala Selangor Fireflies (kampung Kuantan)

Taman yang menawarkan perjalanan bot petang untuk mengagumi koloni besar kunang-kunang yang tinggal di bakau.

Waktu lawatan terbaik: Malam (Siang tutup)

Tempat menarik di selangor waktu malam setia city mall

                                                   Setia City Mall

Pusat membeli-belah di Setia Alam Shah Alam yang menawarkan banyak aktiviti menarik.

Jika ke uptown Shah Alam tidak menepati citarasa kita, pusat membeli belah ini penuh dengan butik pelbagai jenama dalam & luar negara.


Tambahan pula, di waktu malam, persembahan air pancut laser berwarna warni di datarannya sangat menarik.


Banyak aktiviti boleh di lakukan di dataran pusat membeli belah ini pada malam hari seperti sewaan skuter, gerai makanan & macam macam lagi.


Waktu lawatan terbaik: Malam


Tempat menarik di selangor waktu malam i city

                        i-City, Bandar Pintar Yang Penuh Kelainan.

Waktu terbaik lawatan: Malam

Bandar pintar yang di bina diatas tanah seluar 72 ekar telah dibuka pada tahun 2009. Menjadi tarikan pelancong terutama di waktu malam kerana lanskapnya yang unik.

I city dipenuhi dengan replika pokok & bunga daripada lampu berwarna warni di malam hari.


Manakala di waktu siang beroperasi sebagai pejabat.

Tempat menarik di selangor waktu malam bukit ampang


                                        Bukit Ampang

Waktu lawatan terbaik: Malam.

Siapa suka tangkap gambar? Ini tempat terbaik untuk menjamu mata kita dengan permandangan bandar kuala lumpur di waktu malam.


Di sarankan datang sebelum jam 12 malam. Mungkin atas faktor keselamatan sebab tempat ini agak sunyi.


Nak datang siang hari pun boleh, tapi permandangannya tak secantik di malam hari.


           Tempat Menarik Di Selangor Waktu Siang!


Tempat menarik di selangor waktu malam Tadom Hill


                                  Tadom Hill Resort Banting

Tadom Hill Resorts menawarkan banyak aktiviti menarik di kawasan seluas 40 ekar.

Kawasan meliputi bukit batu kapur, tasik dan pokok-pokok. Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar dan berehat di kehijauan alam semulajadi.

Tempat menarik di selangor Pantai Tanjung Rhu


Pantai Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu terletak di Pulau Carey Selangor. Pantai ini memiliki kawasan pesisir sepanjang 2.5 km yang berpasir putih bersih. 

Kawasan pantai ini menjadi tempat pelabuhan nelayan-nelayan yang terdapat di Pulau Carey.



Tempat menarik di selangor Sunway lagoon


Sunway Lagoon keriangan di taman tema air di hutan batu!

Sunway Lagoon adalah taman tema di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, Malaysia yang dimiliki oleh Sunway Group. 

Tarikan utama taman tema air bertaraf dunia & sentiasa ada promosi terbaru untuk pengunjung.

Tempat menarik di selangor Skytrex Adventure Shah Alam


Skytrex Adventure Shah Alam

Rasai pengalaman berbeza di hutan rimba dengan mencabar kemampuan diri merasai sendiri laluan berhalangan di udara sambil di kelilingi oleh hutan hijau.

Terletak betul betul bersebelahan Taman Botani Negara di Shah Alam.


Tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti lasak seperti spider web, cable walk, flying fox dan banyak lagi.

Tempat menarik di selangor pantai morib



Pantai Morib

Destinasi perlancongan popular di Selangor ini terletak di Kuala Langat.

Kami suka datang ke mari kerana semasa pulang boleh singgah beli kerepek murah di Banting.


Sambil menyelam minum air.

Tempat menarik di selangor taman negara shah alam


Taman Botani Negara Shah Alam.

1 Lagi tarikan pelancong di Shah Alam untuk bajet mesra keluarga. Taman Botani Negara yang menempatkan pelbagai spesis haiwan & tumbuhan.

Lengkap dengan sawah padi, kolam takungan air & trek basikal berbukit bukau yang mencabar. Sungguh, semput mengayuh basikal mendaki bukit.


Dalam taman ini ada mini zoo yang menempatkan rusa, burung, kuda & haiwan kecil lain.


Tak perlu bawa basikal, kerana boleh disewa pada harga yang berpatutan di sini.

Tempat menarik di selangor Hutan Lipur Sungai Congkak


Hutan Lipur Sungai Congkak

Destinasi air terjun yang popular untuk mandi manda & beriadah bersama keluarga di hujung minggu.

Airnya sejuk & jernih. Memang menyegarkan dapat berendam dan mandi manda.


Terutama sekali semasa cuaca panas.


Waktu lawatan terbaik: Siang

Tempat menarik di selangor Bukit Melawati


Bukit Melawati

Waktu lawatan terbaik: Siang

Satu tarikan di Kuala Selangor di kawasan hijau berbukit bukau. Dapat lihat permandangan persekitaran dari puncak bukit.


Dan beri makan kera yang berada di kawasan ini.


Kawasan ini ada sejarahnya yang tersendiri,  mempunyai makam, meriam, lama masih terdapat disini.

Tempat menarik di selangor Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor


Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor

Waktu lawatan terbaik: Siang

Sebuah galeri seni di Shah Alam yang memaparkan hasil tangan & budaya ketamadunan islam.


Pameran kerap di adakan di sini, paling baru tentang artifak peninggalan Rasulullah. Memang menarik.


Terdapat Galeri & pusat budaya memaparkan seni Islam kontemporari, objek reka bentuk & manuskrip Quran.

Tempat menarik di selangor the kabin


The Kabin

Waktu lawatan terbaik: Siang

Bosan dengan suasana kota yang sentiasa sibuk & bergerak pantas? Mungkin ini tempat yang sesuai dengan anda.


The Kabin yang terletak di Jeram Selangor di dirikan di tengah tengah sawah padi yang hijau terbentang.


Boleh lihat permandangan yang mendamaikan, dan sunyi.


Tanpa gangguan, bunyi kenderaan pun tak kedengaran.

Tempat menarik di selangor Inki River Resort



Inki River Resort

Waktu lawatan terbaik: Siang

Resort yang terletak betul betul di tepi sungai yang jernih & bersih. Tempat ini kurang mendapat review setakat ini.


Tak hairanlah kebersihannya masih terjaga.


Air sejuk untuk berendam & menenangkan diri, rasa macam tak percaya tempat ini tak ramai yang tahu lagi.

tempat menarik di selangor Kampung Sungai Lopo


Kampung Sungai Lopo / Sungai Lopo Village.

Waktu lawatan terbaik: Siang

Satu lagi tarikan pelancong untuk mandi manda di Hulu Langat, Selangor. Terletak berhampiran dengan kampung orang asli.

Air terjun di sini bersih dengan air yang sejuk ke tulang sum sum.


Boleh berkelah dan mandi manda bersama anak anak dan keluarga.

Tempat menairk di selangor Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi


Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi

Waktu lawatan terbaik: Siang

Bukan mudah nak jumpa panda, jika dahulu kita perlu terbang ke zoo terpilih di luar negara. Kini tidak lagi.

Kita boleh tonton sendiri telatah panda yang gebu berbulu & nakal ini di pusat pemuliharaan Panda di dalam Zoo Negara

Amverton Cove Golf & Island Resort


Amverton Cove Golf & Island Resort

Waktu lawatan terbaik: Siang

Tempat ini bagaikan syurga untuk kaki golf. Ramai peminat golf tegar puji tentang padang golf dan fasilit yang di jaga baik.

Ayah pergi main golf.

Isteri dan anak anak boleh mandi di swimming pool. Bilik pun selesa & besar. Memang padanlah sebab hotel bertaraf 5 bintang.



Kesimpulan Tentang Tempat Menarik Di Selangor.

Rancanglah cuti kita sebaiknya bersama isteri dan anak anak. Manfaatkan setiap peluang yang ada untuk melihat kebesaran alam ciptaan Allah.

Selangor pun ada tempat yang cantik dan berbaloi.

Nak pergi tempat percuma ada, yang berbayar pun ada. Bajet bukan masalah.

Insyaallah senarai ini akan di kemas kini dari masa ke semasa. Sebarang pendapat dan perkongsian pengalaman, sila tinggalkan di ruangan komen.

Terima kasih semua. Assalamualaikum Wrmbth.

No comments:

Post a Comment

Pages